KETENGAH peruntuk RM5.9 Juta-Kemudahan Wifi Percuma Hotspot Desa

Projek Pembangunan dan Peningkatan Keupayaan Capaian dan Rangkaian Infrastruktur dalam Wilayah KETENGAH.

Projek ini merupakan kerja-kerja penyediaan perkhidmatan wifi secara percuma kepada penduduk wilayah yang meliputi daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Bagi fasa pertama, KETENGAH telah melaksanakan projek ini dan siap sepenuhnya pada tahun 2021 di beberapa lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Bandar Bukit Besi dan Kampung Air Putih. Perkhidmatan wifi percuma ini terletak di lokasi awam yang menjadi tempat tumpuan penduduk dengan kelajuan talian internet 100Mbps supaya dapat merapatkan jurang digital serta meningkatkan perkongsian strategik dan jalinan interaksi sosial dengan pelbagai pihak.

Pada tahun 2022, penduduk yang tinggal di Bandar Ketengah Jaya pula mendapat perkhidmatan wifi secara percuma. Kawasan Kampung Pasir Gajah, Bandar Bukit Besi, Kampung Ibok, Bandar Ceneh Baharu dan Bandar Seri Bandi tidak ketinggalan mengecapi kemudahan yang sama seperti penduduk lain dimana projek ini diperluas dan siap sepenuhnya pada tahun 2023.

Pada tahun 2024 sebanyak RM1.8 juta telah diperuntukkan bagi memberi kemudahan kepada penduduk Kampung Padang Pulut, Kampung Pasir Raja dan di kawasan tarikan Tasik Kenyir.

Projek ini memberi manfaat kepada 168,200 orang penduduk wilayah KETENGAH dan KETENGAH berharap projek ini dapat membantu urusan seharian penduduk.
Gunalah kemudahan wifi percuma secara berhemah.

Penyerahan sumbangan Yayasan KETENGAH kepada Mangsa Kebakaran
Lawatan Projek Ternakan Tilapia

Artikel Lain