Penyerahan sumbangan Yayasan KETENGAH kepada Mangsa Kebakaran

Penyerahan sumbangan Yayasan KETENGAH sebanyak RM2,000 kepada Puan Kuntom binti Salleh (76 tahun, ibu tunggal & tiada anak), mangsa kebakaran di alamat 217, Rumah Kos Rendah, Bukit Besi.

Kejadian berlaku pada 8 April 2024 (Isnin), jam 5.30 petang. Ketika kejadian mangsa berada di rumah adik di Kuala Terengganu untuk menyambut hari raya di sana. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.

Pihak JKM dan YB Bukit Besi turut melawat mangsa pada sebelah pagi hari ini.

Mangsa mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan pihak KETENGAH.

BASKET MADANI Siri IV
KETENGAH peruntuk RM5.9 Juta-Kemudahan Wifi Percuma Hotspot Desa

Artikel Lain