Rumah Terbuka Aidilfitri KETENGAH

Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri KETENGAH bersama Ketengah Holding Sdn. Bhd. tahun ini seperti sebelumnya, disambut bersama penduduk berbilang latar belakang. Tema pada tahun ini berkonsepkan “raya dulu-dulu”.

Pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada lebih 10,000 tetamu yang hadir seperti kambing bakar, ayam tempayan, sate, lemang, ketupat dan pelbagai jenis kuih muih serta minuman.

Majlis pada tahun ini telah dihoskan oleh pengacara terkenal RTM Terengganu iaitu Shidee dan Chu Ain. Program bermula dengan Perhimpunan Bulanan KETENGAH dan diikuti dengan acara bersalaman di antara warga KETENGAH termasuk Ketengah Holding Sdn. Bhd.

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa berkata “ saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga KETENGAH dan syarikat anak KETENGAH. Sesungguhnya, saya secara peribadi ingin menyatakan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH bersama KETENGAH Holding Sdn. Bhd. Ini “.

Beliau menambah “Harapan saya dengan adanya majlis seperti ini, ianya dapat mewujudkan satu semangat muhibah dan harmoni di antara warga KETENGAH”.

Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said hadir sama dalam memeriahkan majlis. Turut hadir pesara-pesara KETENGAH, pemimpin-pemimpin tempatan, ketua-ketua jabatan dan penduduk sekitar.

Lawatan ke Projek Ternakan Lobster Air Tawar (Cherax Quadricarinatus)
Hari Bertemu Pelanggan Peringkat KKDW Negeri Terengganu

Artikel Lain