Pemerkasaan J3K Hulu Dungun
Pelbagai usaha dilaksanakan oleh KETENGAH, sebagai salah satu agensi di bawah KKLW dalam memperkasakan J3K dalam wilayahnya. Pada 19 Ogos 2016 hingga 20 Ogos 2016, satu program Lawatan Bermaklumat J3K Hulu Dungun ke Tasik Kenyir telah diadakan dengan penglibatan 10 buah J3K iaitu Pasir Raja, Kg. Shukor, Kg. Kuala Jengai, Kg. Jongok Batu, AMBS I, […]
Kursus Tata Sajian & Kuih Muih
Satu Kursus Tata Sajian dan Pembuatan Pelbagai Nasi, Lauk Pauk dan Kuih Muih Wilayah Ketengah telah diadakan pada 11hb hingga 13 Ogos 2016 bertempat di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Encik Mukhtar bin Che Ali.
Sambutan Hari Raya di Tasik Kenyir
Kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri belum reda, Pejabat Cawangan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir telah mengambil kesempatan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya pada 31 Julai 2016.
Lawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Ke Terengganu
YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Sarawak mengetuai rombongan seramai 74 orang ke Negeri Terengganu selama 3 hari 2 malam pada 24 hingga 26 Julai 2016. Rombongan ini juga turut disertai oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan […]
Sumbangan kepada Pesara KETENGAH
Pihak Pengurusan KETENGAH tidak pernah melupai jasa dan bakti Pesara KETENGAH. Merekalah yang sama-sama berjuang membangunkan Wilayah KETENGAH ini daripada hutan belantara kepada bandar yang selesa didiami sekarang. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH berkesempatan menziarahi pesara yang sakit melarat di Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu. Beliau telah mendengar luahan dan […]
Selamat Bersara
Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang setelah menabur baktinya selama 35 tahun di KETENGAH. Jawatan terakhirnya ialah sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan ) KETENGAH. Beliau merupakan seorang ketua yang mesra, sentiasa tersenyum dan dedikasi dalam menjalankan tugas. Seluruh warga KETENGAH amat terhutang budi dan […]