logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Pasar Komuniti RTC Terengganu kini beroperasi

Pasar Komuniti RTC Terengganu kini beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2014. Ianya mula beroperasi seawal jam 3 Pagi hingga pukul 1 petang. Pasar komuniti ini memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat yang mana menjadi pusat pengumpulan daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. Pusat pengumpulan itu nanti akan menjadi satu […]

Sambutan Kemerdekaan ke 57

Pada 31 Ogos 2014, KETENGAH turut serta bersama-sama 117 kontijen yang mengambil bahagian dalam perarakan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 57 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS). Ribuan rakyat tempatan hadir untuk menyaksikan perarakan sambutan yang bertemakan “Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Sambutan dimulakan sejurus ketibaan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd […]

Kenyir Motocross Challenge 2014

Acara Kenyir Motocross Challenge 2014 telah dianjurkan oleh KETENGAH dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tourism Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan acara ini dikendalikan oleh Airbone Motor Sdn. Bhd. serta Lake Kenyir Resort Taman Negara selaku hotel rasmi. Kejohanan ini […]

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Satu Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Jalur Gemilang Wilayah Ketengah 2014 telah diadakan pada 19 Ogos 2014 di Dataran Bistro Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Encik Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu. Setiap tahun, Ketengah tidak pernah jemu bagi menyambut Bulan […]

KETENGAH Cakna

Satu kebakaran telah berlaku di Bandar Seri Bandi, Kemaman pada 14 Ogos 2014 lebih kurang jam 3.30 pagi. Menurut Puan Halijah binti Ariffin selaku pemilik rumah tersebut, kebakaran tersebut telah menyebabkan hampir 95% rumah musnah terbakar dan tiada kematian yang dilaporkan. Punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti. Susulan dari kejadian tersebut, KETENGAH turut menyumbang […]

Majlis Sambutan Hari Raya KETENGAH

Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah meninggalkan kita semua dan kini Syawal pula menjelma. Satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 2014 telah diadakan pada 10hb Ogos 2014 bertempat di RTC Terengganu Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YBhg, Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad. Dikesempatan […]