logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Pengurus Besar KETENGAH yang diadakan pada Hari Raya Pertama iaitu Isnin, 28 Julai 2014, berlangsung sangat meriah dengan kehadiran penduduk wilayah KETENGAH serta kakitangan KETENGAH. Rumah terbuka yang bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir jam 12 tengahari itu menyaksikan orang ramai saling beramah mesra selain menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Bantuan Tabung amanah Masyarakat KETENGAH

Pada 22 Julai 2014 (Selasa), satu Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Ketengah bagi dun Ajil telah diadakan di Dewan Serbaguna Sek Men Kebangsaan Landas, Hulu Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Encik Ghazali bin Taib. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Omar bin Ismail serta pengurus-pengurus bahagian.

Bantuan Tabung amanah Masyarakat KETENGAH

KETENGAH tidak putus-putus membela nasib golongan yang kurang berkemampuan dimana, Masyarakat KETENGAH DUN Kijal Kemaman pula dibantu melalui majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH pada 15 Julai 2014 bertempat di dewan orang ramai Bandar Seri Bandi, Kemaman. Seramai 182 orang Ketua Isi Rumah menerima bantuan masing-masing yang berupa wang tunai RM 300 dari Pengurus Besar […]

Majlis Berbuka Puasa Wilayah KETENGAH

Pada 14 Julai 2014, satu Majlis Berbuka Puasa Wilayah KETENGAH telah diadakan bertempat di Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Majlis ini dihadiri Pengurus Besar KETENGAH, Pegawai dan Kakitangan KETENGAH, penduduk setempat dan wakil dari kampung-kampung dalam Wilayah KETENGAH. Dengan melihat kehadiran yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa masyarakat KETENGAH mempunyai ikatan persaudaraan […]

Sumbangan Bantuan Tabung Amanah

KETENGAH amat prihatin dengan keadaan masyarakat yang kurang bernasib baik dalam Wilayah ini. Oleh hal yang demikian, satu majlis penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH telah diadakan pada 10 julai 2014 bertempat di Kg Serdang. Seramai 162 orang dari DUN Rantau Abang dan DUN Paka telah menerima bantuan ini yang berbentuk wang tunai sebanyak RM 300. […]

Program Memasak Bubur Lambuk

Bubur lambuk sememangnya sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama persatuan dan kelab di bawah naungannya telah mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk pada 13 Julai 2014. Bertempat di pekarangan Ibu Pejabat KETENGAH, sebanyak 15 periuk bubur lambuk telah dimasak dengan penglibatan 9 buah persatuan / kelab. Dengan diuruskendalikan oleh Puspanita […]