Gohek D’AMBS

Bandar Al Muktafi Billah Shah 21 Disember 2019.

Program Berbasikal GOHEK D’AMBS anjuran Kelab Keluarga KETENGAH telah berlangsung pada 21 Disember 2019 (Sabtu). Peserta telah dilepaskan pada jam 8.30 pagi dimana

kayuhan telah bermula dan berakhir di Pusat Komuniti Desa (PKD). Seramai 522 orang peserta telah mendaftar termasuk dari luar Terengganu. Laluan kayuhan terbahagi kepada dua iaitu on road (25 kilometer) dan off road + on road pada jarak 30 kilometer.

Penyampaian hadiah dan cenderahati serta cabutan bertuah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Marzuki bin Haji Wan Sembok, Timbalan Pengerusi KETENGAH.Turut hadir ialah Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH serta Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHSB.

Program sampingan adalah Karaoke GOHEK D’AMBS yang juga dijalankan di pentas utama di samping jualan istimewa daripada para usahawan KETENGAH.

Cabutan bertuah utama ialah Motorsikal Yamaha Y15 di samping 2 buah basikal MTB, barangan ekektrik, barangan berbasikal dan hamper. Cabutan utama Motorsikal Yamaha Y15 menjadi milik Encik Mohd Yaki bin Othman dari Kampung Baru Kerteh, Terengganu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah.

Program berjalan dengan lancar dan baik dengan kerjasama PDRM, JPAM dan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pemenang Acara Saringan Karaoke Gohek D’AMBS
Sentiasalah Berwaspada Menghadapi Musibah Banjir
Perutusan Pengurus Besar Tahun 2020

Artikel Lain