logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH Tahun 2023

Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH Tahun 2023 telah diadakan pada 19 hingga 20 November 2023 di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun bertujuan memupuk kesedaran dan mengamalkan nilai-nilai murni serta membudayakan integriti di kalangan penjawat awam yang bebas daripada amalan rasuah serta penyelewengan. Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran, pengetahuan, pemahaman dan kemahiran untuk pembangunan diri pegawai dan kakitangan demi mencapai penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti.

Bagi memeriahkan lagi Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH Tahun 2023, ianya melibatkan ceramah Bicara Psikologi bertajuk “Cermin Diri Hiasi Peribadi” yang telah disampaikan oleh Ameng Spring, Selebriti dan Bicara Integriti bertajuk “Amanah Dalam Melaksanakan Tugas” yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre, Penceramah Bebas. Di samping itu, Program Amal dan Penyampaian Sumbangan juga diadakan di Rumah Ehsan dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bandar Al Muktafi Billah Shah pada 20 November 2023.

Turut menjayakan program ini, penyertaan booth pameran daripada Agensi dan Jabatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Terengganu (SPRM), Institut Integriti Malaysia (IIM), Polis Diraja Malaysia Daerah Dungun, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KETENGAH.

Majlis Penutup Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH pada 20 November 2023 dan seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada pemenang Pertandingan Video TikTok Integriti.