Ibadat Korban & Akikah KETENGAH

Saban tahun tanggal 10 Zulhijah, umat Islam akan menyambut Aidiladha dan satu keistimewaan sambutan ini adalah ibadat korban. Sehubungan dengan itu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tangah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Korban & Akikah Wilayah KETENGAH 2019M/1440H yang telah diadakan di perkarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu pada 11 Ogos 2019 bersamaan 10 Zulhijjah 1440H. Sejumlah 19 ekor lembu telah dikorbankan dengan penyertaaan oleh masyarakat setempat. Semangat muafakat dan kerjasama di antara masyarakat bersama kumpulan pengurusan KETENGAH ini jelas terlihat dimana daging korban dilapah dan dipotong secara bergotong royong. Hubungan silaturahim sesama masyarakat yang erat dapat dieratkan lagi melalui program sebegini.

YBhg. Dato’ Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH, telah menyampaikan sumbangan agihan daging korban kepada golongan yang kurang berkemampuan. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, pegawai-pegawai kanan KETENGAH dan ketua-ketua masyarakat setempat.

placeholder
Tawaran Penyertaan Projek Ternakan Puyuh
Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH

Artikel Lain