Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.
-
- PEGAWAI TADBIR
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR
- PENOLONG JURUUKUR
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT
- PEMBANTU KHIDMAT AM
- PEMBANTU PENGUATKUASA
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat terus secara ATAS TALIAN menggunakan Sistem e-Jawatan KETENGAH https://ejawatan.ketengah.gov.my
- Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.
- Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-
- Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
- Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
- Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai yang sedang berkhidmat
- Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 31 JULAI 2025 (KHAMIS)
CATATAN AM
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.