Jemba Teganu Kita

KETENGAH optimis dengan potensi besar Tasik Kenyir sebagai tarikan utama pelancongan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri telah memperuntukkan perbelanjaan besar untuk membangunkan tasik itu. Sehingga kini sektor pelancongan kenyir semakin meriah dengan kedatangan pelancong telah memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan kerajaan negeri.
Melalui kerjasama KETENGAH bersama rakan strategik RTM, usaha-usaha mempromosikan Tasik Kenyir sentiasa dilakukan secara berterusan. Melalui program “Jemba Teganu Kita”, satu rakaman bagi pengisian program telah dijalankan di kawasan tarikan utama pelancong. YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH turut sama dalam mempromosikan program berkenaan.
Program ini akan ditayangkan di slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 23 dan 24 September ini.
Program Kesedaran Kebersihan dan Pembuangan Sisa Pepejal & Kumbahan
Kejohanan AMBS FC

Artikel Lain