Karnival Perasmian Mini RTC Tok Has, Besut

Karnival perasmian Mini RTC Tok Has, Besut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yb Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh Menteri Pendidikan II merangkap ahli parlimen Besut pada 14 Disember 2013 (Sabtu) bersamaan 08 safar 1435H. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam membuka gerai pameran dan jualan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bomba dan Penyelamat. RISDA Besut dan POS Malaysia Bhd. Kehadiran tetamu kehormat disambut dengan meriah oleh persembahan silat dari penduduk Kampung berkenaan sebagai tanda penghargaan. Y.B Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh berkata dalam ucapannya bahawa Mini RTC akan menjadi platform untuk menyelaras semua program daripada pelbagai agensi/jabatan berlandaskan konsep strategi Lautan Biru Nasional, ia juga akan memperluaskan skop, peranan dan fungsi pengurus sedia ada supaya dapat menyediakan Mini RTC sebagai pusat ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’. Pluqe perasmian Mini RTC turut ditandatangani beliau sebagai gimik pelancaran bagi majlis tersebut. Majlis ini juga dimeriahkan dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang cukup lumayan kepada para pengunjung.

placeholder
Pendapatan Penduduk dipertingkatkan
placeholder
Karnival Perasmian Mini RTC

Artikel Lain