logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kerjasama Strategik Sektor Pelancongan

12 Ogos 2020 (Rabu) โ€“ Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) telah mencapai kata sepakat dengan termeterainya kerjasama strategik sektor pelancongan antara 2 buah agensi berkenaan. Pendekatan ini selaras dengan pendekatan National Blue Ocean Strategic (NBOS) yang digalakkan oleh kerajaan dan memberi kesan positif kepada masyarakat luar bandar.

Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Sektor Pelancongan antara Kejora dan Ketengah telah ditandatangani oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah dan YBrs. Tuan Haji A. Jalil Md. Arsad, Pengurus Besar Kejora serta disaksikan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah dan YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi Kejora. Majlis ini telah berlangsung di Ibu Pejabat Kejora, Bandar Penawar, Johor.