KETENGAH Ambik Cakna

17 Julai 2021-Kampung Wa, Dungun Terengganu.KETENGAH sentiasa ambik cakna dengan masalah penduduk yang tinggal di wilayahnya. YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah menyerahkan sumbangan kepada 7 orang penduduk yang mengalami kerosakan pada struktur bumbung akibat ribut pada 21 Jun 2021 jam 3.30 petang. Sebanyak RM2,900.00 peruntukan telah disalurkan dan masing masing menerima sumbangan di antara RM300.00 hingga RM500.00 bergantung kepada tahap kerosakan melalui Tabung CSR Ketengah Holding Sdn. Bhd.

Hadir sama YM Tengku Ahmad Nazdri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Sementara itu YB Senator Datuk Razali juga melawat keluarga murid lelaki Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Minda Talong Allahyarham adik Rayyan Fitri Mohd Nazuki yang maut selepas disengat seekor tebuan di kediaman keluarganya di Kampung Minda, Hulu Dungun.

31

JASAMU DIKENANG
Program Vaksinasi Wilayah KETENGAH

Artikel Lain