logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Inovasi Terkini dari Pasukan KETENGAH di Konvensyen Horizon Baharu KIK 2023

Sebanyak 11 pasukan daripada pelbagai jabatan dan agensi KKDW telah menyertai Pertandingan Konvensyen Horizon Baharu KIK yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertempat di Ibu Pejabat RISDA, Ampang.

KETENGAH telah menghantar satu pasukan yang diberi nama NEXUS50 dianggotai 10 orang ahli dan diketuai Siti Mahfuzah Mardy telah membentangkan satu produk inovasi yang diberi nama N50. Produk ini dibangunkan bagi mengatasi masalah kesukaran kerja-kerja pembersihan di dataran kejat dan laluan pejalan kaki.

Antara objektif utama kovensyen ini diadakan adalah untuk melahirkan warga KKDW yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan inovasi seterusnya memperkenalkan sistem dan cara kerja baru serta menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation).

Pihak Pengurusan KETENGAH dan seluruh warga KETENGAH merakamkan setinggi penghargaan kepada pasukan NEXUS50 atas komitmen penuh yang diberikan sepanjang tempoh penyempurnaan projek.

Sama-sama kita nantikan pengumuman keputusan pertandingan pada majlis penutup yang dijangka diadakan pada bulan November 2023.