Ketengah Tawar Moratorium

Ketengah akan menawarkan moratorium selama 6 bulan bermula Januari 2021 sehingga Jun 2021 bagi meringankan beban peminjam dan penyewa berikutan penularan pandemik Covid019.

Moratorium ini akan memberi manfaat kepada peniaga, usahawan dan penyewa yang akan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.1 juta. Ia juga melibatkan tawaran pengecualian penyewaan premis perniagaan dan rumah kediaman kepada 1,042 peniaga, usahawan dan penyewa rumah dengan implikasi kewangan leibh RM758,000.00.

Menurut Pengerusi Ketengah, YB Senator Datuk Razali bin Idris, beliau turut mengalu-alukan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebagaimana diumumkan kerajaan dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

10 Activities to do for a Fun Trip in Kenyir
placeholder
Borang Kaji Selidik Kajian Kebolehpasaran Kenyir Water Park

Artikel Lain