KPLB perkenalkan insentif bantu Usahawan terkesan Covid19

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperkenalkan beberapa insentif bagi membantu lima agensi di bawah kementeriannya yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata lima agensi berkenaan termasuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA); Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA); Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA); Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (KETENGAH).

Katanya, antara insentif yang diperkenalkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) termasuk memberikan diskaun sehingga 30 peratus masing-masing bagi sewaan premis perniagaan dalam tempoh enam bulan serta bagi sewaan tanah untuk tempoh sama.

“Bagi agensi KETENGAH, turut menyediakan diskaun sebanyak 30 peratus selama enam bulan kepada usahawan yang menyewa di premis perniagaan serta menangguhkan bayaran sewa atau sewa beli rumah kediaman KETENGAH selama tiga bulan mulai April hingga Jun membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM300,000.

“Diharapkan dengan pelaksanaan insentif ini akan membantu mereka yang terjejas di LKW serta dapat meringankan beban dan juga meningkat semula ekonomi mereka,” katanya.

placeholder
Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan KETENGAH
Borang Permohonan Insentif kepada Usahawan yang terkesan akibat penularan Virus Covid-19

Artikel Lain