Kukuhkan akidah kita?

Satu Forum Perdana Ehwal Islam telah berjaya dilaksanakan di Kg Menerung, Ajil, Hulu Terengganu dengan kerjasama pihak Ketengah, Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu, JAKIM dan RTM bersempena dengan Festival Kenyir 2014. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Y.B. Dato Jailani bin Johari merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu serta isteri, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & Sumber Manusia YB Dato Haji Rozi bin Mamat dan isteri, anggota Dewan Undangan Negeri Ajil, YB Ghazali Taib dan isteri, Pegawai Daerah Hulu Terengganu Y.B Dato Wan Mohd bin Wan Ibrahim, YDP Majlis Daerah Hulu Terengganu Tuan Haji Talaha bin Ali dan Pengurus Besar Ketengah Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Diantara barisan panel forum tersebut ialah Ust Mohd Kazim Elias Al Hafiz, Ust Shukri Hj Ali dan Ust Mohd Hariri Hj Mohd Daud. Tajuk yang dibicarakan ialah Jenayah Akidah.

placeholder
Kunjungan Exco Pelancongan
placeholder
Lawatan Unit Strategi Nasional (NSU)

Artikel Lain