Kursus Asas Perniagaan, Pelancongan dan Keselamatan di Air

21 dan 22 November 2022-Besut, Terengganu.
Seramai 35 orang peserta telah terlibat dengan Kursus Asas Perniagaan, Pelancongan dan Keselamatan di Air di bawah Program Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing (Komuniti Lestari) bertempat di Tanjung Demong Beach Resort.
Kursus yang dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada koperasi dan penggiat industri pelancongan dan perniagaan dalam Wilayah KETENGAH agar sentiasa berdaya saing dalam memasarkan produk-produk pelancongan sedia ada dalam wilayah. Peserta turut didedahkan cara-cara keselamatan dan panduan ketika menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan air, sama ada air kolam, air sungai, taman rekreasi dan seumpamanya.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa. Turut hadir Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, KETENGAH, Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid.
Program Konvoi Belia Keluarga Malaysia – Santai Anak KETENGAH 2022
Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2022 Tasik Kenyir

Artikel Lain