Kursus EKSA kepada Ahli Jawatankuasa EKSA KETENGAH

Pada 3 hingga 5 Disember 2019, KETENGAH melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus EKSA kepada Ahli Jawatankuasa EKSA KETENGAH bertempat di Nova Highlands Hotel, Cameron Highlands.

  Kursus ini melibatkan seramai 38 orang pegawai dan kakitangan yang telah menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa EKSA. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Safura binti Mad Juhari, Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu yang merupakan salah seorang Champion EKSA Negeri Terengganu.

 Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pegurus Besar (Operasi) merangkap Pengerusi EKSA KETENGAH.

Bantuan Dihulur Ringankan Beban
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH Kali Ke 7/2019.

Artikel Lain