logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Kursus Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ)

Ketirisan maklumat sering berlaku di jabatan kerajaan dan satu mekanisme kawalan yang mampan perlu dilaksanakan dengan sewajarnya supaya impak negatif kepada reputasi Kerajaan amnya ,dan KETENGAH khasnya dapat dielakkan. Persekitaran dan cara kerja turut berubah seiring dengan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Justeru, Ketua Jabatan telah diarahkan memberi perhatian yang serius untuk meningkatkan kualiti dan tadbir urus keselamatan perlindungan di Jabatan masing-masing memandangkan kini senario ancaman keselamatan masa kini semakin mencabar dan tidak menentu.

Oleh itu, satu Kursus Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) telah diadakan bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu kepada 17 orang pengurusan dan pegawai KETENGAH. Objektif kursus ini adalah bagi meningkatkan kefahaman kepada mereka mengenai dasar, peraturan dan sistem kawalan keselamatan dalam jabatan kerajaan, meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan arahan-arahan ke atas semua aspek keselamatan dokumen dan maklumat rasmi jabatan, bangunan dan harta benda kerajaan daripada sebarang ancaman, kecurian, kebakaran dan sebagainya dengan mengambil kira langkah-langkah melindungi, selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kursus ini telah dijayakan dengan kerjasama penceramah daripada Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat Ketua Keselamatan Negara (CGSO) Negeri Terengganu Encik Ahmad Fakrudin Azizan.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa. KETENGAH mengharapkan agar ilmu-ilmu yang diberikan semasa kursus ini dapat dimanfaatkan dan dirancang dengan lebih teliti bagi memastikan pentadbiran KETENGAH lebih teratur dan terjamin.