Kursus Pemantapan Integriti

KETENGAH dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan Kursus Pemantapan Integriti kepada pembekal dan kontraktor dalam wilayah KETENGAH pada 29 Februari 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Bilah Shah.

Kursus anjuran bersama ini merupakan salah satu usaha pihak KETENGAH untuk memantapkan budaya dan nilai integriti di kalangan kontraktor dan pembekal yang berurusan dengan KETENGAH. Ia juga diharap dapat mewujudkan suasana kerja yang bebas rasuah, salah laku dan penyelewengan. Kursus ini juga akan menjadi pra syarat untuk pertimbangan bidaan dalam kontrak kerja dan perbekalan.

Seramai 55 orang kontraktor dan pembekal telah hadir pada kursus ini yang melibatkan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh pegawai dari SPRM Negeri Terengganu dan penceramah jemputan dari syarikat Cj Global Venture. Para peserta juga turut melafazkan ikrar integriti di akhir kursus ini.

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH dan turut dihadiri oleh Pengarah SPRM Negeri Terengganu.

placeholder
Program Jom JPJ di RTC Terengganu
placeholder
Bengkel Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

Artikel Lain