Kursus Pengacaraan Majlis dan Etiket Protokol Tahun 2022

12 Mei 2022-Kuala Terengganu.
Kursus Pengacaraan Majlis dan Etiket Protokol Tahun 2022 telah berlangsung di Raia Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu pada 11-12 Mei 2022.
Objektif kursus bagi mendedahkan kepada peserta tatacara pengacaraan dan memberi kefahaman berkaitan teknik dan kemahiran sebagai pengacara majlis dan etiket protokol.
Seramai 14 orang peserta yang mewakili bahagian dan unit di KETENGAH telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Encik Mohd Azhani Samad dari Syarikat Safiya Karisma Services.
Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH.

Tahniah YB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 2022

Artikel Lain