Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 2022

16 Mei 2022-Al Muktafi Billah Shah

Setelah dua tahun sambutan hari raya Aidilfitri tidak dapat diadakan akibat kekangan COVID-19, kini Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri KETENGAH 1443H/2022 telah dapat diadakan dalam suasana penuh ceria dan kesederhanaan. Di antara lain tujuan sambutan tersebut adalah bagi menzahirkan kesyukuran setelah menjalani ibadah puasa selama satu bulan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, ukhwah, kerjasama di antara pegawai dan kakitangan dan ia dapat mengeratkan lagi perhubungan di antara semua khasnya masyarakat yang tinggal di wilayah KETENGAH. Majlis diadakan di perkarangan ibu pejabat KETENGAH, bandar Al Muktafi Billah Shah ini dimulai dengan Perhimpunan Bulanan KETENGAH dan disusuli jamuan hari raya yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Pelbagai lapisan masyarakat telah hadir menceriakan acara tersebut. Antara menu yang menjadi perhatian ialah kambing golek, sate, nasi dagang dan pelbagai lagi juadah disediakan kepada para tetamu.

Terima kasih kerana sudi hadir untuk beraya bersama-sama Keluarga KETENGAH.

Insya Allah, tahun depan kita jumpa lagi ya!

Kursus Pengacaraan Majlis dan Etiket Protokol Tahun 2022
Kursus Pemasaran Digital

Artikel Lain