logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Kursus Pengurusan Kewangan kepada usahawan dalam Wilayah KETENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan kepada usahawan dalam Wilayah KETENGAH.

Pelaksanaan kursus ini telah dibuat pada 16 hingga 18 Mei 2023, bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau, Bandar Penawar, Johor yang melibatkan 40 peserta daripada pelbagai latar belakang perniagaan .

Majlis Perasmian Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki.

Dengan penganjuran kursus ini , besar harapan KETENGAH agar semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang ditimba dengan mempraktikkannya dalam urusan perniagaan yang diusahakan.