Latihan Pengguna Sistem Pengurusan Perolehan KETENGAH (SysPro)

20-21 Disember 2022

KETENGAH telah mengadakan Latihan Pengguna dan Pentadbir Sistem Pengurusan Perolehan KETENGAH (SysPro) yang bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Peserta latihan adalah terdiri pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Kewangan & Perakaunan dan Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Sesi Latihan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Dalam ucapannya, beliau berharap dengan penggunaan sepenuhnya sistem SysPro ini nanti akan menjadikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KETENGAH akan lebih proaktif dan telus dalam membuat penilaian malah lebih cekap dalam mengendalikan proses perolehan.

2db32e8e-d927-4b84-b740-42cd8d76fd28

 

Pengurus Besar lawat mangsa banjir
Kit Bantuan Bencana KETENGAH disalurkan kepada mangsa banjir

Artikel Lain