Pengurus Besar lawat mangsa banjir

19 Disember 2022.
Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa meluangkan masa melawat mangsa banjir dan menghulurkan bantuan berupa Kit Bantuan Bencana kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dalam Wilayah KETENGAH. Antara PPS yang dikunjungi ialah Masjid Padang Kubu, Dewan Air Putih, SK Lembah Jabor dan PPS Pusat Niaga Tasik Puteri.
Sebanyak 29 buah PPS telah dibuka dalam Wilayah KETENGAH melibatkan daerah Dungun (23 PPS), Kemaman (8 PPS) dan Hulu Terengganu (4 PPS) melibatkan 1902 orang mangsa setakat jam 5.00 petang tadi.
Bilik Gerakan Bencana Wilayah KETENGAH juga beroperasi 24 jam di talian 09-8221168.
placeholder
Bantuan Banjir dari KETENGAH dan JKM
Latihan Pengguna Sistem Pengurusan Perolehan KETENGAH (SysPro)

Artikel Lain