logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Lawatan Bermaklumat Ke ARCHIDEX

Lawatan Bermaklumat Ke ARCHIDEX (The 23rd International Architecture, Interior Design and Building Exhibition 2024) di KL Convention Centre, Kuala Lumpur.

Lawatan Bermaklumat telah berlangsung selama empat hari bermula 3 Julai sehingga 6 Julai 2024. Lawatan Bermaklumat ini diketuai oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan serta 16 orang pegawai dan kakitangan dari tiga bahagian termasuk Bahagian Perkhidmatan Teknik, Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan dan Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

Lawatan Bermaklumat ini dapat memberi pengetahuan yang luas kepada kakitangan khususnya dalam industri pembinaan sejajar dengan inovasi dan perkembangan dunia.

Kesimpulannya, pendedahan maklumat baharu hasil dari lawatan ini diharapkan dapat menyumbang kepada alternatif pembangunan yang lebih berkualiti, berteknologi tinggi dan hijau di dalam Wilayah KETENGAH.