Lawatan Kerja Timbalan Menteri KKDW ke KETENGAH

2 Januari 2023
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB Datuk Rubiah Haji Wang
telah mengadakan lawatan rasmi ke KETENGAH selama 2 hari bermula hari ini. Beliau tiba pada jam 4.30 petang tadi dan disambut oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa. Sesi diteruskan dengan agenda penyampaian taklimat pembangunan dan musibah banjir yang melanda Wilayah KETENGAH. Hadir sama Pengarah KKDW Negeri Terengganu, Encik Mohd Faizal Samsudin dan Pengurusan KETENGAH.
Perutusan Tahun Baharu 2023
Lawatan Kerja Timbalan Menteri KKDW

Artikel Lain