Lawatan Kerja Timbalan Menteri KKDW

3 Januari 2023- Dungun, Terengganu.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang telah mengadakan lawatan ke Tabika KEMAS di Kampung Kuala Jengai yang ditenggelami banjir baru-baru ini. Beliau sempat beramah mesra dengan para guru dan menyampaikan sumbangan beg sekolah berserta alat tulis kepada murid-murid. YB Datuk turut menyampaikan kit bantuan bencana kepada penduduk yang terjejas banjir.
Sesi lawatan diteruskan dengan melawat beberapa buah rumah penduduk yang rosak akibat banjir yang melanda. Sebanyak 204 kit bencana banjir disampaikan kepada penduduk yang terkesan. Beliau kemudian hadir menziarahi saudari Nurafifa Khalisa Osman, mangsa kemalangan jalan raya di Kampung Minda. Rombongan YB Timbalan Menteri KKDW juga sempat melawat Muzium Bukit Besi bagi melihat artifak dan bahan sejarah Bukit Besi yang dipamerkan.
Warga KKDW Terengganu yang terkesan akibat banjir juga mendapat perhatian daripada YB Datuk Rubiah, beliau telah menyerahkan sumbangan replika cek wakil agensi untuk diserahkan kepada kakitangan yang terlibat. Sumbangan tersebut diberikan dalam satu Majlis Penyampaian Sumbangan Pasca Banjir Kepada Warga KKDW Terengganu bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA), bandar Al Muktafi Billah Shah.
Hadir sama Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, ADUN Bukit Besi, YB Tuan Haji Roslee Daud, Pengarah KKDW Negeri Terengganu, Encik Mohd Faizal Samsudin dan juga Pengurusan KETENGAH.
Terima kasih YB Datuk Rubiah kerana sudi mengadakan lawatan ke KETENGAH.
Lawatan Kerja Timbalan Menteri KKDW ke KETENGAH
Kesukanan eratkan silaturahim

Artikel Lain