logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

LAWATAN PENILAIAN JAWATANKUASA PEMATUHAN SAGA BAGI SISTEM APLIKASI PERAKAUNAN DAN KEWANGAN KETENGAH

Satu sesi lawatan Penilaian Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JKPS) telah diadakan pada 28 November 2023. Sesi ini bertujuan bagi menilai sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diguna pakai oleh KETENGAH terhadap pematuhan SAGA seperti yang telah digariskan melalui surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil. 3 tahun 2018. Kerajaan memutuskan bahawa sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diguna pakai oleh agensi kerajaan perlu mematuhi Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA).

Sesi ini telah dihadiri oleh para pegawai Jawatankuasa Pematuhan SAGA yang diketuai oleh Puan Anishah binti Abdul Wahid, Timbalan Pengarah, Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara, Malaysia, para pegawai Sekretariat Pematuhan SAGA, wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan juga ahli-ahli jawatankuasaΒ SAGAΒ KETENGAH.