Lawatan YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Menceriakan Mangsa Banjir.

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar telah mengadakan lawatan rasmi ke pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun,Terengganu pada 9 Januari 2017. Kehadiran YB Menteri telah menceriakan penduduk kampung berkenaan yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda sejak seminggu yang lepas.  YB Menteri berkata, Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) peringkat pertama yang melibatkan tiga negeri di pantai timur, Terengganu, Kelantan dan Pahang sudah mencapai 50 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya sekitar bulan September atau Oktober 2017 yang membabitkan kos RM 150 juta. Menerusi sistem itu, ramalan banjir akan diterima lebih awal dan ketepatan PRAB adalah 99 peratus .Ini membolehkan pasukan penyelamat dan penduduk lebih bersedia, malah merancang perpindahan atau keperluan lebih awal. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Dato’ Din Bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH merangkap Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun dan Encik Mukhtar bin Che Ali, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), KETENGAH.

placeholder
Skuad Sukarelawan KETENGAH Turut Membantu
Bengkel Pemurnian Bajet

Artikel Lain