Tender ini adalah dipelawa kepada Kontraktor Penyiap (Mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap Yang Dikeluarkan Oleh Kementerian Kerja Raya) yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/(CIDB) /UPKJ/Kementerian Kewangan, punyai Sijil dalam Gred, Kategori, Pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :

Pejabat Yang Memanggil Tawaran :

Bahagian Perkhidmatan Teknik
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(Ketengah)
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun
Terengganu

Tajuk Projek :
Menyiapkan Kerja-Kerja Terbengkalai Bagi Pembangunan Bercampur Bandar Baru Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu

Taraf/Jenis Syarikat : Bumiputera / T1

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub-Kepala :
Lesen Kontraktor Penyiap
Gred G5 dan ke atas
Kategori : CE
Pengkhususan : CE21 & CE 36

Perincian Pendaftaran :
Tarikh : 1 Feb 2021 (Isnin) – 7 Februari 2021 (Ahad)
Pautan : https://www.ketengah.gov.my/lktt-01-2021 atau di laman web rasmi Ketengah

Tarikh & Tempat Dokumen Dijual :
9 Feb 2021 (Selasa) : di Pusat Penerangan Kenyir (PPK) pada tarikh ini sahaja sehingga jam 1.00 petang
10 Feb 2021 (Rabu) hingga 23 Feb 2021 (Selasa) : di Kaunter Unit Prasarana Ketengah, Ibu Pejabat Ketengah, AMBS, Dungun, Terengganu
Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.30 Tengah hari & 2.30 petang – 4.00 petang
Khamis : 8.15 pagi – 12.45 Tengah hari & 2.15 petang – 3.00 petang
(Tutup Pada Hari Kelepasan Am)

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama : RM200.00
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Ditutup :

Ruang Utama,
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
23409, Bandar Al Muktafi Billah Shah
Dungun, Terengganu

2 Mac 2021 (Selasa), jam 12.00 Tengah hari


KONTRAKTOR PENYIAP YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI TENDER DIWAJIBKAN MENDAFTAR DI PAUTAN DI ATAS ATAU LAMAN WEB RASMI KETENGAH. KONTRAKTOR YANG LULUS TAPISAN/SARINGAN DAN LAYAK MENYERTAI TENDER AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI TELEFON/EMAIL.

SEKIRANYA KONTRAKTOR TIDAK MENDAPAT SEBARANG MAKLUMBALAS SEHINGGA 8/2/2021 (ISNIN), KONTRAKTOR TERSEBUT ADALAH DIANGGAP TIDAK LAYAK UNTUK MENYERTAI TENDER DI ATAS. KEHADIRAN BAGI LAWATAN TAPAK ADALAH TIDAK DIWAJIBKAN.

KONTRAKTOR YANG LAYAK MENYERTAI TENDER DAN INGIN HADIR LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN MEMATUHI S.O.P PANDEMIK COVID-19 DAN PERLU MEMBAWA BERSAMA LESEN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK), SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DAN SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB) YANG ASAL DAN SALINAN (TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).

HANYA PENAMA YANG DIBERI KUASA DI DALAM LESEN SAHAJA YANG DIBENARKAN MENGHADIRI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK, WAKIL ADALAH TIDAK DIBENARKAN.

2. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat berkenaan sebagaimana waktu yang dinyatakan. Tender ini mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontrak (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), PUKONSA, UPKJ yang layak dan boleh untuk hadir lawatan tapak atau sesi taklimat tender. Tender ini mensyaratkan bahawa kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK, PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Pindaan 23/12/2014).

3. Bayaran bagi Dokumen Tender boleh dibuat dalam bentuk draf bank/ kiriman wang/ wang pos di atas nama LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (Ketengah) atau dibayar secara tunai di Pusat Penerangan Kenyir (PPK) pada 9/2/2021 (Selasa) sahaja dan pada 10/2/2021 (Rabu) – 23/2/2021 (Selasa) di Kaunter Bayaran Unit Prasarana Ketengah. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

** Jenis Pendaftaran

T1 – Syarikat yang 100% milik tempatan

T2 – Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.

T3 – Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasamayang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majority ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

DAFTAR