Majlis Kesyukuran Sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Timur 2019.

5 Mei 2019 (Ahad), BALORA AMBS.

KUD Zon Timur 2019 telah berlangsung dengan jayanya yang bermula dari 25 hingga 27 April 2019 bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik telah dilaksanakan antaranya ialah Jualan Produk Usahawan Desa, Pameran dan Jualan Mesin Inovasi, Bersama Syukor Khamis Kampung Boy, Persembahan Kesenian Rakyat dan juga Konsert KUD yang menampilkan Dato’ M.Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Lan TypeWriter, Lan Solo, Ronnie Hussein, Syafiq Farhain serta kumpulan – kumpulan dikir barat yang popular. Sebanyak 46 acara tarikan pengunjung telah berjaya dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, KETENGAH telah menganjurkan satu majlis kesyukuran untuk meraikan pegawai dan kakitangan KETENGAH yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan acara besar berkenaan. Seramai 300 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah menghadiri majlis tersebut. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Timur
Majlis Penyerahan Apron Peniaga Bazar Ramadhan

Artikel Lain