Majlis Khatam Al Quran

Para peserta Tadarus Al Quran KETENGAH seramai 31 orang yang diketuai oleh Encik Mohd Nubairi bin Mat Noor telah mengadakan majlis Khatam Al Quran bertempat di Surau Ibu Pejabat KETENGAH.

Majlis ini diharap dapat mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan melalui Al Quran demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi disamping menyemai rasa cinta kepada Al-Quran dan menjadikan bacaan al-Quran sebagai rutin dalam hidup setiap warga KETENGAH

Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH
Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK)

Artikel Lain