Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH

5 April 2023 – Masjid Al Azim FELDA Kerteh 3, Dungun.
KETENGAH dengan kerjasama MAIDAM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu telah mengadakan Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH Sempena Ramadan Al Mubarak 1444H/2023.
 
Program dimulai dengan tausiah dari Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) disusuli dengan ucapan dari Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad yang mewakili Pengurus Besar KETENGAH.
 
Majlis diteruskan dengan penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) kepada seramai 66 orang penerima. Mereka terdiri daripada golongan asnaf 31 orang dan Orang Kelainan Upaya (OKU) 35 orang.
 
Semoga dengan sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung menjelang Aidilfitri nanti.
Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH
Majlis Khatam Al Quran

Artikel Lain