Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH

5 April 2023- Masjid Padang Pulut, Dungun.

Seramai 124 orang yang terdiri daripada golongan asnaf 49 orang, Orang Kelainan Upaya (OKU) 69 orang dan mereka yang sakit terlantar seramai 6 orang telah menerima bantuan dari Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) dalam satu majlis pada hari ini.

Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH Sempena Ramadan Al Mubarak 1444H/2023 telah dianjurkan oleh KETENGAH dengan kerjasama MAIDAM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu. Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki yang mewakili Pengurus Besar KETENGAH.

Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) yang telah diwujudkan sejak tahun 2004, bertujuan bagi menguruskan sumbangan hasil keuntungan syarikat-syarikat anak KETENGAH untuk disalurkan kepada penduduk dalam Wilayah KETENGAH yang memerlukan terdiri dari golongan miskin dan miskin tegar, pesakit melarat dan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta bantuan persekolahan dan sumbangan kepada anak yatim.

Bantuan RM200 yang diberikan diharap dapat membantu meringankan beban dan memenuhi keperluan mereka pada Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Majlis Santunan Kasih Ramadan
Program Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH

Artikel Lain