Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2024 & Apresiasi Karnival Usahawan Desa (KUD) @Putrajaya

KETENGAH telah mengadakan Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2024 & Apresiasi Karnival Usahawan Desa (KUD) @Putrajaya yang telah disempurnakan oleh Pengerusi KETENGAH, YBhg Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA).

Semasa menyampaikan amanat tahun baru, Pengerusi KETENGAH berkata “Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga kerja KETENGAH atas komitmen dan dedikasi sepanjang tahun 2023.”

Beliau menambah “Pada tahun ini, KKDW akan memperkenalkan 4 imperatif baharu sebagai pemangkin gerak kerja. Aspirasi Desa MADANI akan menjadi asas setiap langkah sepanjang tahun 2024 iaitu empat teras utama berpaksikan akronim KKDW merangkumi,
(K) :Kemahiran dan pengetahuan
(K) :Keberkesanan dan kecekapan
(D) :Data dan digital
(W) :Wow factor

Beliau juga berpesan “Kita semua mestilah mempunyai semangat berpasukan, berganding bahu dan komited dalam melaksanakan tugasan kerana ia merupakan elemen penting untuk memastikan usaha Kerajaan dapat dicapai. Disamping itu sifat bertanggungjawab dan amanah perlu ada dalam setiap warga KETENGAH.

Beliau berharap agar tahun 2024 ini akan memberi kita semangat, ruang dan kesempatan untuk terus mencurah bakti dan tenaga demi membantu masyarakat Wilayah KETENGAH yang tercinta ini.
Hadir sama pada majlis tersebut Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa.

Majlis ini juga diadakan sebagai menghargai komitmen sepanjang pelaksanaan KUD@Putrajaya yang berlangsung pada 22-26 November 2023 bertempat di Anjung Floria yang lalu. KETENGAH turut dinobatkan Anugerah Tarikan Pengunjung Paling Gempak pada Majlis Apresiasi KUD@Putrajaya 2023 bertempat di Hotel Bangi Resort, Bangi, Selangor yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

YBhg Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said turut menyempurnakan gimik menanam pokok buah-buahan di Laman BALORA dan Laman KETENGAH.

Program Motivasi di bawah Program Tuisyen Intelek Muda (ILMU) Wilayah KETENGAH
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐂𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇

Artikel Lain