Program Motivasi di bawah Program Tuisyen Intelek Muda (ILMU) Wilayah KETENGAH

Pada 2 Januari 2024, telah berlangsung Program Motivasi di bawah Program Tuisyen Intelek Muda (ILMU) Wilayah KETENGAH bagi persediaan calon-calon peperiksaan SPM dan STPM di SMK Ketengah Jaya, Dungun.

Ianya merupakan slot terakhir bagi program motivasi di bawah Program ILMU yang dilaksanakan di 16 buah sekolah menengah Wilayah KETENGAH.

Seramai 1,051 org pelajar SPM dan STPM telah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program ini yang telah bermula pada November 2023 hingga 2 Januari 2024 dengan kerjasama daripada Kolej Ketengah Sdn. Bhd., Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki , Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Turut hadir Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, KETENGAH.

Didoakan semua calon yang akan menduduki peperiksaan bermula akhir Januari 2024 ini memperoleh kecemerlangan.

Perutusan Tahun Baru 2024
Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru 2024 & Apresiasi Karnival Usahawan Desa (KUD) @Putrajaya

Artikel Lain