Majlis Penyampaian Bantuan Usahawan Wilayah KETENGAH

Majlis Penyampaian Bantuan Usahawan Wilayah KETENGAH telah diadakan pada 7 Februari 2022 (Isnin) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Penyampaian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH diiringi Puan Noor Aishah Kamarzaman, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Usahawan Desa, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

KETENGAH telah memperuntukkan sebanyak RM519,500 yang  melibatkan 4 program utama iaitu Program Pembangunan Usahawan, Rural Mobile Entrepreneur, Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar dan Program Insentif Usahawan Terjejas Covid-19

KETENGAH berharap dengan bantuan-bantuan ini dapat menjadi pencetus semangat kepada usahawan untuk lebih giat mengembangkan perniagaan masing-masing.

Majlis Penyerahan Sijil MeSTI Premis KVG Juta Sdn Bhd
Lawatan Kerja Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir

Artikel Lain