Lawatan Kerja Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir

14 Februari 2022-Hulu Terengganu.
KETENGAH terus mengorak langkah bagi memajukan penduduk dalam wilayahnya dalam sesi libat urus bersama Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu (BNMKT) dan Grab Malaysia (GRAB). Turut hadir adalah pemegang taruh di Tasik Kenyir iaitu barisan kepimpinan Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir (PPTK) yang diterajui oleh En. Abdul Aziz.

Rombongan BNMKT yang diketuai oleh En. Adlis Khairil Sazli, Ketua Pejabat BNMKT telah memberikan penerangan tentang peranan BNMKT dalam membantu dan menasihat usahawan bagi perkara berkaitan institusi kewangan.

Pihak Grab Malaysia (GRAB) yang diketuai oleh Cik Ain Razali, Pengurus Hal Ehwal Awam dan Polisi memaklumkan bahawa pihak Grab sedia membantu dalam membangunkan platform yang sesuai dengan kehendak daripada pengusaha – pengusaha pelancongan Tasik Kenyir.

Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan Korporat KETENGAH berkesempatan membawa rombongan melawat ke beberapa destinasi pelancongan yang ada di Tasik Kenyir. Semoga usaha ini berupaya mentransformasikan lanskap perniagaan di Tasik Kenyir agar lebih berdaya saing pada masa akan datang.

bnmkt
b

Majlis Penyampaian Bantuan Usahawan Wilayah KETENGAH
Mangsa Banjir Terus Dibantu

Artikel Lain