Mangsa Banjir Terus Dibantu

Berikutan hujan lebat berterusan KETENGAH telah mengaktifkan kembali Bilik Gerakan Bencana KETENGAH secara pentadbiran sejak 25 Februari 2022 untuk menghadapi sebarang kejadian banjir di dalam wilayah pentadbiran KETENGAH. Skuad Ambik Cakne KETENGAH turut bersedia untuk mengagihkan kit bantuan bencana ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Setakat hari ini sebanyak 127 unit kit bantuan bencana yang bernilai RM12,700 telah disalurkan ke 4 pusat perpindahan yang melibatkan 127 buah keluarga dengan pecahan Balai Raya Padang Kubu 34 unit, Dewan Sivik Air Putih 28 unit, Dewan Orang Ramai Kampung Teladas 63 unit dan Masjid Kampung Dadong 2 unit. KETENGAH bersama-sama dengan agensi kerajaan yang lain akan terus berganding bahu membantu dan ambik cakna terhadap mangsa banjir selaras aspirasi Keluarga Malaysia. Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut sila hubungi Bilik Gerakan Bencana Wilayah KETENGAH ditalian : 09- 822 1168.
Lawatan Kerja Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir
Pengurus Besar KETENGAH turun padang

Artikel Lain