Majlis Penyerahan Projek Ecotourism Tasik Kenyir

11 November 2021- Tasik Kenyir Terengganu.
Majlis Penyerahan Projek Ecotourism Tasik Kenyir sebagai simbolik kepada penyiapan projek tersebut.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi membaik pulih fasiliti dan infrastruktur pelancongan di Gua Taat, Gua Bewah, Melunak Trail dan Mini Galeri Prasejarah. Projek yang dipantau oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Terengganu (JKRHT) selaku Pegawai Penguasa telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Penyerahan disempurnakan oleh YBrs. Encik Norazman bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MoTAC, kepada Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat), KETENGAH disaksikan oleh YB Dr. Mamad bin Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastuktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, YB Dato’ Hj. Rozi bin Mamat, ADUN Telemong dan Ir. Yusuf bin Abd. Ghani, Pengarah JKR Negeri Terengganu.

Projek ini memberi nilai tambah kepada produk pelancongan di Tasik Kenyir sekali gus mempelbagaikan pakej pelancongan. Dengan penyiapan projek ini, pelancong mempunyai lebih banyak pilihan destinasi percutian mereka.

Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH Tahun 1443H/2021M.
Program Jelajah Ilmuan “Ride to Kenyir”

Artikel Lain