Majlis Penyerahan Projek Tanaman Rumput Napier dan Projek Ternakan Kambing

Pada 19 Mac 2023, Majlis Penyerahan Projek Tanaman Rumput Napier dan Projek Ternakan Kambing telah diadakan bertempat di PT4664 Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Majlis tersebut telah disempurnakan YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa. Pengurus Besar KETENGAH diiringi barisan Pengurusan KETENGAH dengan penyampaian surat tawaran kepada 7 orang peserta Projek Tanaman Rumput Napier dan 3 orang peserta Projek Ternakan Ruminan (Kambing).
Majlis tersebut turut diserikan dengan gimik penanaman rumput napier yang ditanam sendiri oleh Pengurus Besar dan pengurusan KETENGAH.
Pengurusan KETENGAH berharap agar peserta yang terlibat dapat memanfaatkan peluang yang telah disediakan dan mengembangkan lagi projek bagi meningkatkan pendapatan dan taraf ekonomi.
Kursus Pengurusan Dan Kawalan Penyakit
Program Gotong Royong Perdana Perbandaran KETENGAH

Artikel Lain