Program Gotong Royong Perdana Perbandaran KETENGAH

Program Gotong Royong Perdana Perbandaran KETENGAH Sempena Sambutan Ramadan Al Mubarak 1444H/2023M telah dilaksanakan pada 17 hingga 18 Mac 2023 bertempat di masjid, surau dan tanah perkuburan di perbandaran KETENGAH.
Program ini diadakan bagi menyemai semangat cintai alam sekitar disamping dapat meningkatkan rasa kekitaan, jatidiri, rasa prihatin, dan penyayang sesama penduduk, individu dan masyarakat bersama KETENGAH.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti meracun rumput, mencantas pokok, membersihkan surau dan masjid, membersihkan tanah perkuburan, mengecat batu nisan dan pelbagai lagi. Gotong-royong ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
Majlis Penyerahan Projek Tanaman Rumput Napier dan Projek Ternakan Kambing
Kursus Latihan Pengendali Makanan

Artikel Lain