logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW Tahun 2015

Sambutan Hari Inovasi bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai budaya inovasi dan kualiti dalam sesebuah organisasi disamping memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen serta dedikasi kakitangan dan pihak pengurusan kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi ke arah peningkatan kualiti dan inovasi. Lantaran itu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW pada 23hb November 2015 (Isnin), bertempat di Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premieara, Kuala Lumpur dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada majlis tersebut, YB Menteri KKLW telah turut menyampaikan anugerah dan hadiah bagi kategori-kategori Anugerah Inovasi yang dipertandingkan bagi tahun 2015.