Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 1444H/2019M.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 1444H/2019M telah disambut dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran pada 11 Jun 2019 bertempat di ruang parking utama ibu pejabat KETENGAH Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Program ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu KETENGAH, Bersama Membangun. YBhg. Dato’ Zulkifli Mohamad, Pengerusi KETENGAH seterusnya menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pegawai dan kakitangan KETENGAH yang hadir. Sambutan Aildilfitri adalah merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin. Di samping itu, ianya merupakan medium dalam usaha memupuk semangat dan merapatkan ukhwah antara komuniti setempat. Majlis berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Bantuan dihulur ringankan beban.
placeholder
Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) Wilayah Ketengah Tahun 2019

Artikel Lain