Mangsa Kebakaran Terima Bantuan

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Puan Fatimah Salleh dari Kampung Seratus, Felda Neram 1, Kemaman yang menerima bantuan dari Ketengah kerana rumah kediamannya terbakar. Kejadian berlaku pada 12 Julai 2020 mengakibat kerosakan sebahagian daripada rumah mangsa. Dalam memenuhi tanggungjawab sosial, Ketengah telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan bagi meringankan beban mangsa. Sumbangan telah disampaikan oleh YM. Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah pada 21 Julai 2020.

1 juta benih ikan dilepaskan di Tasik Kenyir
Sesi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Ketengah

Artikel Lain