Assalamualaikum W.B.T

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web KETENGAH.

Selaku agensi yang diamanahkan untuk membangun masyarakat luar bandar di dalam Wilayah KETENGAH, KETENGAH sentiasa berusaha memberi maklumat dan perkhidmatan serta bersedia menerima maklumbalas dari para pengunjung.

 

Perkembangan pesat yang berlaku di peringkat global, ditambah dengan kepantasan kemajuan teknologi maklumat, telah mendorong kita supaya peka kepada perubahan. Sebagai sebuah agensi pembangunan, maklumat yang cepat dan tepat sangat penting untuk meningkatkan lagi keupayaan perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Justeru itu, saya menaruh harapan yang tinggi agar laman web ini dapat menyumbangkan kepada keperluan masa kini..

Seterusnya saya mengalu-alukan pandangan pengunjung demi memantapkan lagi laman web untuk faedah bersama.

Wassalam

TUAN HAJI OMAR BIN ISMAIL
PENGURUS BESAR
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)