Monsoon Casting Tournament 2021

Monsoon Casting Tournament merupakan pertandingan memancing yang tidak asing lagi dikalangan kaki pancing malah acara ini turut disertai oleh peserta dari luar negara dan diadakan pada setiap tahun. Sekarang masih berlangsung acara berkenaan yang bermula dari 17 hingga 20 Disember 2021 bertempat di Tasik Kenyir. Seramai 352 orang peserta berentap untuk memenangi setiap acara yang dipertandingkan. Penerapan konsep “Catch & Release” dalam pertandingan ini akan dapat mengekalkan kelestarian ekologi di tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara ini.

Majlis perasmian dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan Korporat KETENGAH.
Program ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama KETENGAH dan pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Pejabat Kesihatan, Majlis Daerah Hulu Terengganu, PDRM, Bomba, APM, Jabatan Perikanan dan lain-lain.

Pada Majlis tersebut, KETENGAH turut melepaskan lima ribu ekor anak ikan yang disumbangkan oleh Jabatan Perikanan.

 

BENGKEL BAJET PEMBANGUNAN ROLLING PLAN KEDUA (RP2) TAHUN 2022
Kenyir Monsoon Casting Tournament 2021

Artikel Lain